NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

ILO digesa tubuh misi siasat penderaan buruh Xinjiang

Pagar dibina di sekitar kawasan yang dikenali secara rasmi sebagai pusat pendidikan kemahiran vokasional di Dabancheng di Wilayah Autonomi Uighur Xinjiang. - Foto REUTERS

GENEVA: Amerika Syarikat (AS), Britain dan beberapa negara lain hari ini menggesa Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) menubuhkan misi untuk menyiasat dakwaan penderaan buruh di Xinjiang, China dan menggesa Beijing membenarkan akses tanpa batasan. 

Dokumen ILO menunjukkan, jawatankuasa di agensi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sedang menangani pematuhan China terhadap piawaian buruh global selepas menyifatkan amalannya di wilayah barat Xinjiang sebagai diskriminasi, Februari lalu.

Pertemuan hari ini, diadakan beberapa hari selepas perjalanan Pesuruhjaya Tinggi PBB, Michelle Bachelet ke Xinjiang yang dikritik secara meluas oleh masyarakat awam dan negara anggota PBB termasuk AS, tamat. 

Setiausaha Negara AS, Antony Blinken Mac lalu berkata, China 'terus melakukan pembunuhan beramai-ramai dan jenayah terhadap kemanusiaan' ke atas kebanyakan Uighur Muslim di Xinjiang.

Misi tiga pihak yang jika diterima jawatankuasa ILO itu boleh menerangkan dakwaan Uighur ditahan secara tidak sah, dianiaya dan dipaksa bekerja dengan China menafikan tuduhan itu. 

Duta AS ke PBB di Geneva, Sheba Crocker menggesa China menerima misi untuk menyiasat dakwaan yang disifatkannya sebagai 'pelanggaran sistemik buruh dan hak asasi manusia'. 

Utusan Britain meminta perjalanan itu dibuat sebelum persidangan ILO utama seterusnya pada 2023 dengan Australia, Kanada dan Kesatuan Eropah (EU) turut menyuarakan sokongan. 

Menerusi beberapa siri campur tangan maya, termasuk seorang pekerja relau Uighur, China berhujah bahawa undang-undang, peraturan dan amalannya selaras sepenuhnya dengan prinsip dengan Konvensyen Mengenai Diskriminasi yang diratifikasikannya.

Yu Jiadong, dari Kementerian Sumber Manusia dan Keselamatan Sosial China, mendakwa pengkritiknya menjadikan pertemuan itu sebagai 'pertunjukan politik'. 

China April lalu meratifikasi dua konvensyen mengenai buruh paksa tetapi belum menyerahkan dokumentasi penuh yang diperlukan untuk kuat kuasa. 

Ini selalunya boleh mengambil masa beberapa minggu atau bulan, kata seorang pegawai ILO kepada Reuters. - REUTERS






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo