NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Elon Musk arah semua pekerja kembali ke pejabat


SAN FRANCISCO: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla Inc, Elon Musk mengarahkan kakitangannya kembali ke pejabat atau meninggalkan syarikat itu, demikian menurut satu e-mel yang dihantar kepada pekerja dan dilihat oleh Reuters.

"Semua di Tesla perlu menghabiskan minimum 40 jam seminggu di pejabat," tulis Musk dalam e-mel yang dihantar pada malam Selasa.

"Jika tidak hadir, kami menganggap anda telah meletak jawatan."

"Semakin kanan jawatan anda, kehadiran anda perlu lebih nyata," tulis Musk.

"Itulah sebabnya saya sentiasa berada di kilang - supaya mereka yang berada di barisan boleh melihat saya bekerja bersama. Jika saya tidak melakukan sedemikian, Tesla telah lama bankrap."

Dua sumber mengesahkan ketulenan e-mel yang dibaca oleh Reuters itu.

Tesla tidak memberikan maklum balas terhadap permintaan untuk mendapatkan kenyataan.

Firma teknologi utama di Silicon Valley tidak memerlukan pekerja kembali sepenuh masa ke pejabat, berikutan keengganan sesetengah pekerja dan juga kemunculan semula kes-kes COVID-19 di California.

Tesla memindahkan ibu pejabatnya ke Austin, Texas, namun mempunyai pangkalan kejuruteraan dan salah satu kilangnya di kawasan San Francisco Bay.

"Ada beberapa syarikat yang tidak memerlukan ini, namun bila kali terakhir mereka mengeluarkan produk baharu yang hebat? Telah agak lama," kata Musk dalam e-mel itu.

"Tesla telah dan akan, malah sebenarnya mengeluarkan produk yang paling bermakna dan mengujakan berbanding mana-mana syarikat di dunia ini. Ini tidak akan berlaku dengan hanya menelefon."

Salah seorang pengikut Twitter beliau mengepos satu lagi e-mel yang dikatakan dihantar oleh Musk kepada eksekutif yang meminta mereka bekerja di pejabat sekurang-kurangnya 40 jam seminggu atau 'meninggalkan Tesla'.

Bagi menjawab tweet itu, Musk, yang bersetuju menjadikan Twitter Inc syarikat persendirian dalam satu urus niaga bernilai AS$44 bilion berkata, "Mereka boleh berpura-pura bekerja di tempat lain."

Pada Mei 2020, Musk membuka semula kilang Tesla di Fremont, California, melanggar arahan sekatan pergerakan Alameda County bagi membendung penularan COVID-19.

Tesla melaporkan 440 kes di kilang itu dari Mei hingga Disember 2020, menurut data yang diperoleh daripada laman maklumat undang-undang Plainsite.

Tahun lalu, syarikat roket Musk, SpaceX melaporkan 132 kes COVID-19 di ibu pejabatnya dekat Hawthorne, Los Angeles, menurut satu data.

-Reuters







............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo