NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mangsa banjir di Gurun malam ini meningkat kepada 541 orang

Penduduk kampung mengharungi banjir yang melanda rumah mereka berikutan hujan lebat di Gurun, sejak semalam. STR/ZULIATY ZULKIFFLI

GURUN: Mangsa banjir yang ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah ini terus meningkat kepada 541 mangsa daripada 137 keluarga.

Jumlah ini bertambah pada jam 9 malam ini berbanding jam 4 petang tadi iaitu 510 mangsa daripada 132 keluarga yang ditempatkan di PPS Surau Kampung Sungai Bongkok dan PPS Masjid Pekan Gurun.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Muda, Kapten (PA) Azhar Ahmad, berkata pertambahan jumlah itu adalah di PPS Surau Kampung Sungai Bongkok iaitu seramai 291 mangsa daripada 70 keluarga berbanding 260 mangsa daripada 65 keluarga, petang tadi.

Bagaimanapun, katanya, mangsa di PPS Masjid Pekan Gurun masih kekal 250 mangsa daripada 67 keluarga sejak dibuka jam 12.29 tengah hari tadi.

"Jumlah keseluruhan mangsa itu membabitkan enam kampung iaitu di Kampung Sungai Ibor, Kampung Belakang Mahkamah Gurun, Kampung Jelatang, Kampung Batu 5, Kampung Sungai Badak, Kampung Sungai Bongkok dan Taman Gurun Jaya.

"Keadaan cuaca semakin baik, malah ada sebahagian kampung air sudah surut. Namun, saya nasihatkan penduduk supaya mengambil langkah berjaga-jaga sekiranya hujan.

"Segeralah berpindah sekiranya paras air naik mendadak bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku," katanya.

Azhar berkata, pihaknya bersama agensi lain termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa bersiap sedia melakukan pemantauan sekiranya paras air semakin meningkat di kawasan berisiko rendah.

Dalam kejadian jam 4.23 pagi tadi, enam kampung dan satu kawasan perumahan di Gurun dinaiki air setinggi 0.3 meter hingga 0.9 meter berikutan hujan lebat selama hampir tiga jam.


Sumber | BH Online





............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo