NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Apple memudahkan anda pindahkan Whatsapp daripada Android ke IOS


WhatsApp pada tahun lepas telah pun memudahkan para pengguna iPhone memindahkan data mereka dari iPhone ke telefon Android. Lanjutan daripadanya, hari ini, WhatsApp dan Apple bekerjasama, dan memperkenalkan ciri untuk memindahkan data dari telefon Android ke iPhone.

Menariknya, ciri ini dijayakan melalui fungsi aplikasi Move to iOS yang disediakan oleh Apple untuk pengguna Android yang berpindah ke iPhone.

Melaluinya, pengguna boleh memilih untuk memindahkan sejumlah data terus dari Android ke iPhone – dan kini ia turut menambah pilihan memindahkan data WhatsApp.

Dengan langkah ini, anda boleh membawa semua sejarah perbualan anda terus ke iPhone dengan mudah, dan tidak perlu risau kehilangan sebarang data WhatsApp apabila melakukan pemindahan peranti.

Bagi anda yang ingin berpindah dari Android ke iPhone, boleh menggunakan aplikasi Move to iOSyang disediakan oleh Apple di Google Play Store hari ini.


Sumber | Amanz






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo