NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Agensi kerajaan, swasta digesa pertingkat perlindungan data peribadi

Kerajaan tidak berkompromi dengan mana-mana entiti yang menggugat keselamatan siber negara termasuk keselamatan data peribadi awam. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Majlis Keselamatan Negara (MKN) melalui Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) menggesa agensi kerajaan serta swasta untuk mempertingkatkan keselamatan dan perlindungan data peribadi yang dimiliki agensi masing-masing.
Ketua Pengarah Keselamatan Negara Datuk Rodzi Md Saad berkata, gesaan itu selaras dengan Arahan MKN No 26: Pengurusan Keselamatan Siber Negara, mengarahkan semua agensi dan organisasi Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara (CNII) memastikan perlindungan optimum terhadap aset maklumat kritikal yang telah dikenal pasti, daripada sebarang ancaman.
"Semua agensi kerajaan, terutama NACSA dan MKN bersama-sama PDRM, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC), Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan dan Jabatan Perlindungan Data Peribadi sentiasa berganding bahu untuk memastikan keselamatan siber dan data peribadi awam berada pada kedudukan terbaik demi kesejahteraan rakyat," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kerajaan tidak berkompromi dengan mana-mana entiti yang menggugat keselamatan siber negara termasuk keselamatan data peribadi awam.
Rodzi turut menggesa orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan mengamalkan amalan terbaik keselamatan siber bagi mengurangkan risiko menjadi mangsa jenayah siber.
"Laporkan segera sebarang maklumat berkaitan pelakuan jenayah siber kepada pihak berkuasa untuk tindakan penguatkuasaan," katanya.
-- BERNAMA






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo