NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Twitter sedang menguji kebolehan kongsi satu video dan gambar dalam satu ciapan sama


Antara masalah Twitter pada saya sekarang adalah, perkongsian media tidak begitu menarik. Hanya empat gambar sahaja boleh dikongsi pada satu masa, gambar tidak boleh campur dengan video dan jika ada video hanya satu video untuk satu ciapan. Berbeza dengan Instagram atau Facebook yang mesra untuk kongsi pelbagai media dalam satu siaran.

Terkini seorang pembangun bebas telah menemui bukti yang Twitter sedang membangunkan ciri di mana pengguna boleh kongsi video dan gambar dalam satu ciapan. Akan berdasarkan imej yang dikongsi, ia terhad untuk satu video dan satu gambar dalam satu ciapan.

Menurut The Verge, Twitter juga sedang membangunkan ciri memberi hadiah atau anugerah kepada pengguna lain. Buat masa ini tidak pasti sama ada adakah ini untuk pencipta kandungan menjana pendapatan atau seakan lencana peminat di Facebook. Ciri Twitter Status untuk pengguna lihat status aktiviti pengguna lain juga masih dalam pembangunan.

Sumber | Amanz






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo