NOTIS:

Belum ada lagi....

Trend solat dengan kipas: Idris minta lapor pejabat agama

0

Tangkap layar video tular memaparkan individu berlakon solat dengan menjadikan kipas sebagai makmum atau imam. - VIDEO TULAR

IPOH: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad meminta orang ramai melaporkan kepada pejabat agama negeri masing-masing sekiranya terdapat perbuatan menjadikan kipas sebagai makmum apabila menunaikan solat.

Ia susulan video tular baru-baru ini, khususnya di aplikasi TikTok yang memaparkan tindakan individu, rata-rata berstatus bujang berlakon menunaikan solat dengan menjadikan kipas sebagai makmum atau imam.

Idris menegaskan, perbuatan sedemikian yang menjadi ikutan anak muda dan remaja, tidak sepatutnya berlaku.

"Janganlah ambil ilmu yang ditiru dari Youtube dan mana-mana sumber yang tidak diketahui. Jadi, perkara yang mengarut dan pelik ini, laporkan kepada pejabat agama supaya boleh diambil tindakan," katanya.


Bercakap kepada media pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PAS di Stadium Indera Mulia, di sini hari ini, beliau menasihatkan generasi muda agar mendapatkan ilmu agama dengan mencari guru yang boleh mengajar dengan betul seperti melalui kuliah di masjid, surau dan sebagainya.

Mengenai kegiatan menggunakan imej agama dan gelaran ustaz untuk memperdaya masyarakat dengan tawaran ibadat atau produk untuk kepentingan peribadi, Idris yang juga Naib Presiden PAS menyifatkan ia sebagai perbuatan zalim.

"Janganlah ambil kesempatan buat perkara begini, terutama soal ibadat kerana ia menzalimi orang-orang yang terkena dangan perbuatan mereka. Pihak yang terkena diharap membuat laporan polis supaya dapat diambil tindakan terhadap mereka yang terlibat," katanya.

Media sebelum ini melaporkan, Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (ASWAJA), Dr Zamihan Mat Zin Al-Ghari, berkata antara penipuan itu termasuk kempen derma, wakaf dan pakej umrah yang menggunakan pelbagai tarikan.

Antara tawaran bagi menarik pengguna termasuk kononnya penginapan disediakan mereka di Tanah Suci adalah termurah tetapi terletak berdekatan Masjidil Haram.



Sumber | BH Online






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo