NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

KUSKOP tawar koperasi sekolah sertai Coopmart

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop), Tan Sri Noh Omar meninjau barangan yang dijual di kedai koperasi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Desa, hari ini. NSTP/AMIRUL AIMAN HAMSUDDIN


TANJONG KARANG: Semua koperasi sekolah di seluruh negara disaran menyertai kedai koperasi atau Coopmart bagi membantu meringankan beban golongan B40.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Tan Sri Noh Omar, berkata langkah itu bertujuan mengurangkan kesan kenaikan harga barangan kepada golongan terbabit.

Beliau berkata, koperasi bukan hanya berfungsi bagi kegunaan warga sekolah, malah turut boleh dibuka kepada orang awam.

"Banyak sekolah ketika ini sudah meluaskan perkhidmatan sedia ada dengan menjual barangan keperluan asas pada harga murah.

"Untuk itu, saya berasakan koperasi sekolah kini boleh dinaik taraf menjadi Coopmart dan kita mengalu-alukan penyertaan itu," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaaan (SMK) Seri Desa, di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Noh berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan bersama Kementerian Pendidikan (KPM) untuk menaik taraf koperasi.

"Perbincangan meliputi faktor peraturan, lokasi dan keselamatan sekiranya orang awam memasuki sekolah untuk berurusan jual beli.

"Kita amat mengalu-alukan mana-mana sekolah yang berminat untuk bersama menyertai Coopmart," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan menyasarkan pembukaan sebanyak 500 Coopmart di seluruh negara termasuk kawasan luar bandar tahun ini.


Sumber | BH Online






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo