NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

'Kuatkan semula PKR' - Anwar



PORT DICKSON: Keputusan Pemilihan PKR 2022 yang akan diumumkan esok pastinya memberikan kekuatan semula kepada parti itu.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta semua calon yang bertanding supaya bersikap terbuka dengan keputusan yang akan diumumkan oleh Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR itu.

"Keputusan dijangka esok, semua sudah ada keputusan. Kita rangkul balik kekuatan," katanya.

Beliau ditemui pemberita pada majlis Sambutan Raya Mat Moto 1.0 di Batu 1, Jalan Pantai, di sini, petang tadi.

Sebelum ini, Pengerusi JPP PKR, Dr Zaliha Mustafa berkata, keputusan Pemilihan PKR 2022 peringkat Majlis Pimpinan Pusat dan Cabang akan diumumkan esok.

Tarikh keputusan itu sebelum ini ditangguhkan berikutan pemilihan semula di beberapa cabang masih perlu diadakan.

Keputusan pemilihan berkenaan akan dipaparkan di laman sesawang, www.pemilihankeadilan2022.com, bermula esok.


Sumber | BH Online





............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo