NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Thailand pula mungkin larang eksport minyak sawit


BANGKOK: Peladang kelapa sawit, pengekstrak dan pengeluar minyak berjanji dengan Jabatan Perdagangan Dalam Negeri Thailand untuk cuba mengekalkan harga minyak sawit botol antara 64 baht (RM8.14) dan 66 baht (RM8.41) baht seliter (L).

Menurut laporan Thai PBS, wakil tiga pihak itu memberitahu wakil kerajaan bahawa ia boleh dilaksanakan, semasa mesyuarat minggu lalu yang dipengerusikan ketua jabatan itu, Wattanasak Sur-iam.

Jabatan itu meminta kerjasama industri minyak sawit domestik bagi mengelak kerajaan terpaksa mempertimbangkan larangan eksport minyak sawit atau mewajibkan peningkatan dalam stok keselamatan minyak sawit sebanyak 200,000 hingga 300,000 tan.

Menurut Wattanasak, ketiga-tiga pihak diberitahu bahawa larangan eksport mungkin dipertimbangkan jika stok minyak sawit tempatan jatuh di bawah 300,000 tan.

Pengekstrak minyak sawit Thailand bergegas menambah stok biji sawit mereka susulan jangkaan kenaikan harga, selepas Indonesia memutuskan untuk melarang eksport minyak sawit berkuat kuasa 28 April lalu.

Setakat 5 Mei lalu, harga biji sawit sekilogram (kg) yang digunakan untuk menghasilkan minyak sawit, meningkat kepada paras tertinggi baharu iaitu lebih sedikit 12 baht/kg (RM1.53/kg) di Surat Thani dan Krabi, dua pengeluar utama biji sawit.

Harga purata bagi biji sawit sama pada sebulan lalu adalah 10 baht/kg (RM1.27/kg).

Kenaikan itu mendorong kenaikan harga minyak sawit mentah daripada 55 hingga 56 baht/kg (RM7/kg hingga RM7.13/kg) kepada 59 hingga 62 baht/kg (RM7.51/kg hingga RM7.89/kg).

Bagaimanapun, harga minyak sawit botol semua jenama di kedai tempatan meningkat kepada antara 69/L (RM8.78) dan 70 baht/L (RM8.91). – AGENSI






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo