NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Polis siasat dakwaan penjualan data JPN


KUALA LUMPUR: Polis menyiasat dakwaan wujudnya tawaran penjualan data rakyat Malaysia yang diambil dari pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Bukit Aman, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, pihaknya menerima satu laporan berhubung perkara itu dan siasatan sedang dijalankan.

"Orang ramai digesa tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan isu ini. Kita memberi jaminan siasatan yang sewajarnya akan dilaksanakan bagi memastikan isu sebegini dapat ditangani dengan segera," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hari ini, satu agensi media tempatan melaporkan data peribadi jutaan rakyat Malaysia berusia antara 18 hingga 82 tahun yang berada dalam JPN didakwa dijual dengan harga AS$10,000 (RM43,870) di forum pasaran pangkalan data.





............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo