NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Laksamana Madya Datuk Roslan ketuai NTF

Datuk Aris Adi Tan (tengah) melangkah keluar buat kali terakhir dari pejabat NTF, hari ini. - Foto Ihsan NTF

KUALA LUMPUR: Panglima Wilayah Laut 2, Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Teluk Sepanggar, Sabah, Laksamana Madya Datuk Roslan Mohd Yunus, dilantik sebagai Komander National Task Force (NTF) yang baharu.

Pelantikannya menggantikan Laksamana Madya Datuk Aris Adi Tan Abdullah, yang akan memulakan cuti persaraan, esok.

Markas Angkatan Tentera Malaysia berkata, pelantikan Roslan bertujuan memastikan kesinambungan Op Benteng berjalan seperti biasa dan tidak tergendala sehingga Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersedia mengambil alih operasi itu daripada NTF seperti dirancangkan iaitu pada Jun ini.

"Pencapaian Op Benteng menunjukkan banyak kejayaan seperti kawalan mantap sempadan negara dan penangkapan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) semakin berkurangan.

Datuk Aris Adi Tan. - Foto Ihsan NTF

"Selain memperketatkan kawalan sempadan, NTF turut menjadi pemudah proses kerja setiap agensi dalam mencapai misi diamanahkan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Majlis Serah Terima Tugas Komander NTF disaksikan oleh Panglima Angkatan Tentera Malaysia (PAT) Jeneral Tan Sri Affendi Buang, TUDM, bertempat di Wisma Pertahanan, di sini.

Majlis Serah Terima Tugas Komander NTF daripada Laksamana Madya Datuk Aris Adi Tan Abdullah kepada Laksamana Madya Datuk Roslan Mohd Yunus sambil disaksikan oleh Panglima Angkatan, Jeneral Tan Sri Affendi Buang di Wisma Pertahanan, hari ini.

Aris Adi Tan sepatutnya bersara wajib tahun lalu, namun pelantikan sebagai Komander NTF menyaksikan tempoh perkhidmatannya ditambah setahun.

"Beliau mencurahkan bakti selama 42 tahun dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia dan berjaya menyatukan 19 agensi keselamatan dan penguatkuasaan menjadi sebuah pasukan yang dapat merealisasikan hasrat negara dengan lancar dan berkesan," kata kenyataan itu.

Sebelum dilantik sebagai Komander NTF, Aris Adi Tan adalah Panglima Armada Barat di Pangkalan TLDM Lumut.

Penubuhan NTF bertujuan memperkasa kawalan sempadan negara daripada pencerobohan PATI bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

PAT diarah oleh Perdana Menteri untuk menubuhkan dan mengetuai NTF bagi pelaksanaan Op Benteng, selaras arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Arahan Op Benteng dikeluarkan secara rasmi pada 6 Mei 2020 selaras operasi semasa.


Sumber | BH Online




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo