NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Oppo Reno 8 rasmi hadir dengan tiga variasi, dijana SD 7 gen 1 dan cip MariSilicon X



Oppo hari ini telah memperkenalkan siri telefon pintar terbaru mereka dibawah jenama Reno, iaitu Oppo Reno 8. Sebanyak 3 variasi telefon diperkenalkan dibawah siri Reno 8 ini, iaitu Oppo Reno 8Oppo Reno 8 Prodan juga Oppo Reno 8 Pro+.

Oppo Reno 8 dan Reno 8 Pro hadir dengan skrin 6.43-inci, menawarkan skrin berlubang di bucu untuk memposisikan kamera swafoto. Ia menggunakan panel jenis AMOLED padanya. Versi biasa menawarkan kadar segar semula 90Hz, sementara versi pro pula sehingga 120Hz.

Oppo Reno 8 dijana cip MediaTek Dimensity 1300, sementara Reno 8 Pro pula dilengkapi Snapdragon 7 Gen 1.

Untuk Reno 8 Pro+ pula, ia hadir dengan skrin 6.7-inci AMOLED dengan berlubang tengah untuk memposisikan kamera swafoto dan mmenawarkan kadar segar semula 120Hz. Ia turut dijana dengan cip Dimensity 8100-Max yang terbaru.

Ketiga-tiga model hadir dengan pilihan memori sehingga 12GB RAM, dan storan sehingga 256GB. Melengkapkan ia juga adalah bateri berkapasiti 4500mAh dengan sokongan pengecasan pantas sehingga 80W.

Dari segi kamera, Oppo Reno 8 menggunakan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50-megapixel, dan dilengkapi denga dua sensor 2MP. Untuk model Pro dan juga Pro+ pula, ia hadir dengan tambahan sensor 8MP dibelakang untuk rakaman ultra-lebar.

Ketiga-tiga juga dilengkapi cip MariSilicon X untuk pemprosesan gambar. Oppo menyertakan pengimbas cap jari pada skrin peranti ini untuk pengesahan secara biometrik.

Buat masa ini, siri telefon pintar baharu ini telah dilancarkan di China – dan dijangka diperluaskan ke negara-negara lain tidak lama lagi.


Sumber | Amanz



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo