NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kereta termahal dijual, Mercedes 1955 dijual dengan harga Rm 630 juta


Sebuah kereta Mercedes-Benz edisi terhad kini menjadi kereta termahal yang pernah dijual di dunia, mencapai nilai lelongan 135 Euro juta (~RM630 juta).

Model kereta yang dijual berkenaan adalah 1955 Mercedes-Benz 300 SLR Uhlenhaut Coupe. Harga lelongan tertinggi dimenangi oleh salah seorang pengumpul kereta dari British.

Ia dikatakan hanya dua kereta prototaip yang dikeluarkan dibawah model ini pada 1955, sekaligus menjadikan ia sebuah kereta yang eksklusif dan berharga dalam industri automotif dan pengumpul kenderaan. Kereta ini juga menyertakan enjin 3-liter dengan kelajuan mencapai 289km/j – menjadikan ia antara kereta terpantas pada tahun berkenaan.

Dana yang dikumpulkan daripada bidaan jualan kereta ini akan dimasukkan dalam “Mercedes-Benz Fund”, yang akan membentuk biasiswa dan membantu pembangunan generasi baharu.


Sumber | Amanz





............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo