NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Oppo Pad Air diperkenalkan dengan cip Snapdragon 680 dan skrin 2K


Oppo sedia menyertai arena tablet pada awal tahun ini dengan pengenalan Oppo Pad. Ia hadir dengan spesifikasi yang agak tinggi, sekaligus membawa kepada harga sedikit tinggi.

Kini, Oppo mevariasikan penawaran tablet mereka dengan memperkenalkan Oppo Pad Air di China.

Tablet ini hadir dengan skrin 10.36-inci menggunakan panel LCD, dan menawarkan resolusi 2K. Ia dilengkapi cip Snapdragon 680, memori sehingga 6GB RAM, dan storan sehingga 128GB. Melengkapkan ia juga adalah bateri 7100mAh dengan pengecasan 18W.

Oppo turut menyertakan sokongan audio Dolby Atmos, disamping melengkapkan ia dengan ColorOS berasaskan Android 12.

Pada bahagian kamera, tablet ini menyertakan kamera belakang 8-megapixel, selain kamera swafoto 5-megapixel.

Di China, Oppo Pad Air ditawarkan pada harga bermula 1299 Yuan, iaitu bermula sekitar RM857. Buat masa ini, tarikh pelancarannya di Malaysia masih tidak diketahui. Memandangkan ia telah melepasiSirim, maka mungkin kita akan melihat ia dilancarkan tidak lama lagi.


Sumber | Amanz






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo