NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Lebih 960,000 kanak-kanak lengkap vaksinasi COVID-19


KUALA LUMPUR: Seramai 961,597 atau 27.1 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di negara ini lengkap menerima vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan untuk Kanak-kanak (PICKids) setakat semalam.

Menurut laman web COVIDNOW, seramai 1,569,286 kanak-kanak atau 44.2 peratus daripada kumpulan itu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.


Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, seramai 2,899,554 atau 93.2 peratus sudah lengkap vaksinasi manakala 2,997,051 atau 96.3 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Pada masa sama, sejumlah 16,049,816 atau 68.2 peratus golongan dewasa sudah menerima dos penggalak manakala 22,969,639 atau 97.6 peratus sudah lengkap dua dos dan 23,245,044 atau 98.8 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.

Bagi pemberian dos harian pula, sebanyak 28,466 dos vaksin COVID-19 diberikan semalam melibatkan 9,672 dos pertama, 15,534 dos kedua dan 3,260 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 70,478,577.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan (KKM), sebanyak enam kes kematian akibat COVID-19 direkodkan semalam dengan dua kes dilaporkan di Kuala Lumpur dan masing-masing satu kes di Selangor, Perlis, Kedah dan Johor. 

– BERNAMA




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo