NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

City tandatangani Haaland dengan harga RM277 juta


LONDON: Manchester City mengumumkan awal pagi tadi bahawa mereka sudah mencapai persetujuan untuk menandatangani bintang penyerang, Erling Haaland daripada Borussia Dortmund – seterusnya memberikan amaran terhadap pencabar mereka.

Pemain antarabangsa Norway itu akan berhijrah ke Etihad selepas juara Liga Perdana itu bersetuju dengan bayaran dilaporkan bernilai 60 juta euro (RM277 juta).


"Manchester City mengesahkan kami sudah mencapai persetujuan dengan Borussia Dortmund untuk perpindahan penyerang Erling Haaland ke kelab pada 1 Julai 2022," kata kelab itu dalam satu kenyataan.

"Perpindahan itu tertakluk kepada syarat terakhir ditetapkan bersama pemain."

Perjanjian bersama pemain tinggi lampai berusia 21 tahun itu menamatkan pencarian City untuk mendapatkan penyerang utama menggantikan Sergio Aguero yang meninggalkan kelab tahun lalu.

Kelab berkenaan gagal dalam usaha mendapatkan kapten England, Harry Kane dari Tottenham Hotspur musim panas lalu.

Haaland, yang bapanya Alf-Inge bermain buat City dari 2000 hingga 2003, mencipta sensasi sejak menyertai Dortmund dari RB Salzburg pada Januari 2020 apabila meledak 85 gol dalam 88 penampilan bersama kelab Jerman itu.

Spekulasi mengaitkan City dengan Haaland semakin memuncak sejak beberapa minggu kebelakangan ini dengan laporan semalam mendakwa pemain itu sudah menjalani ujian perubatan. - AFP




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo