NOTIS:

Belum ada lagi....

Khairy dedah doktor pakar antara 5 nama didakwa ‘pembuli’

0

PUTRAJAYA: Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, doktor pakar antara nama lima doktor yang didakwa “pembuli” di Hospital Pulau Pinang (HPP) diserahkan kepada Kementerian Kesihatan (KKM).

Tetapi, katanya, semua doktor itu masih bertugas seperti biasa, sementara siasatan dijalankan.

“Kita tidak boleh memindah keluar atau menggantung tugas doktor berkenaan.

“Bukan senang terus gantung, sebab ada nama dihantar kepada saya di peringkat pakar, bukan senang nak ‘transfer’ pakar. Buat sekarang, semua bertugas seperti biasa, tapi dalam masa sama siasatan dijalankan,” katanya selepas merasmikan sambutan Hari Jururawat Sedunia di sini.

Semalam, Exco Kesihatan Pulau Pinang, Norlela Ariffin berkata, beliau sudah menghantar nama lima doktor di HPP yang didakwa “paling toksik” kepada KKM untuk tindakan lanjut.

Bagaimanapun katanya, lima doktor itu tiada kaitan dengan kes seorang doktor pelatih HPP yang maut akibat terjatuh dari pangsapuri di Jalan Datuk Keramat bulan lalu.

Khairy turut mengakui KKM menerima banyak aduan dan dakwaan membabitkan doktor pakar yang dikatakan terbabit dalam isu membuli doktor pelatih.

“Jadi, sebagai keadilan ia mestilah melalui satu proses telus dan (laporan) akan diserahkan kepada saya nanti.”

Dalam pada itu, katanya, senarai nama ahli jawatankuasa petugas bebas yang ditubuhkan untuk menyiasat kematian seorang doktor pelatih HPP pada bulan lalu dan dakwaan budaya membuli doktor pelatih akan diumumkan esok, tetapi beliau bukannya pengerusi jawatankuasa itu.

“Esok saya akan umumkan (ahli jawatankuasa), ia bersekali dengan terma dan rujukan.”

Beliau berkata, kebiasaannya siasatan akan selesai dalam beberapa minggu kerana ia membabitkan tuduhan berat, iaitu budaya kerja tidak profesional atau buli.

“Ia akan babitkan sesi temubual pengadu dan pakar yang dituduh, jadi lebih baik beri sedikit masa untuk pasukan bertugas dan unit integriti yang biasanya kita laksanakan tindakan tatatertib.

“Namun, kita akan tengok pada kedua-dua hasil siasatan ini dulu, sebelum sebarang tindakan dapat diambil,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan seorang pegawai perubatan siswazah yang ditempatkan di HPP pada 4 April lalu, dipercayai terjatuh dari tingkat 23 pangsapuri yang disewanya di Jalan Datuk Keramat, George Town pada 17 April lalu.


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo