NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Isu bekalan ayam: Selangor adakan mesyuarat khas esok

(Gambar hiasan) Orang ramai membeli ayam di Pasar Borong Selangor, hari ini. - NSTP/Mohd Fadli Hamzah

SHAH ALAM: Selangor akan mengadakan mesyuarat khas bagi meneliti dan membincangkan isu bekalan ayam di negeri ini, esok.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Selangor, Izham Hashim, berkata mesyuarat itu akan membabitkan jabatan serta agensi bawah Jawatankuasa Pemodenan Pertanian dan Industri Asas negeri.

"Kita dijangkakan memperoleh 'outcome' daripada mesyuarat itu nanti.


"Saya juga sudah meminta Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) negeri untuk menghubungi semua pembekal dan penternak ayam di Selangor, bagi memeriksa status terkini bahan mentah itu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Anggerik di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), hari ini.


Mengulas lanjut, Izham menjelaskan, permintaan tinggi terhadap ayam ketika musim perayaan yang berlaku serentak dengan peningkatan harga makanan ternakan itu, dikesan antara punca bekalan bahan mentah berkenaan terjejas di negeri ini.

Katanya, beliau difahamkan jangkitan penyakit ayam di ladang turut menyumbang kepada penurunan bekalan bahan mentah itu.

Bagaimanapun setakat ini, Izham berkata, pihaknya belum menerima laporan rasmi berhubung perkara berkenaan.


Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya juga sedang menyiasat sama ada Selangor sedang menghadapi masalah bekalan ayam import dari Thailand dan China yang membabitkan kebergantungan kira-kira 60 peratus.

Beliau memaklumkan bekalan ayam di Selangor sebelum ini memang tidak mencukupi yang mana hanya 35 hingga 40 peratus adalah ayam keluaran tempatan, manakala selebihnya diimport.

"Oleh itu, saya perlu melihat kedua-duanya. Kadangkala apabila bekalan kita (ayam keluaran tempatan) okey tetapi import pula terganggu, sama saja impaknya," katanya.


Sumber | BH Online






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo