NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Seorang lagi anak kelahiran Malaysia menang pilihan raya umum Australia

Anak kelahiran Malaysia, Sam Lim, yang menang kerusi Parlimen Tangney di Perth, Australia. - Foto AGENSI

PERTH: Seorang bekas pegawai polis Malaysia yang pernah menjadi pelatih ikan lumba-lumba, memenangi kerusi Parlimen Tangney di Perth.

Sam Lim, yang dilahirkan di Johor dan juga anak sulung daripada lapan beradik, menewaskan Ben Morton dari parti Liberal dengan margin 9.5 peratus dalam keputusan yang dianggap mustahil berlaku di barat Australia.

Sam membuat kejutan dengan menyingkirkan orang kuat bekas Perdana Menteri, Scott Morrison, daripada kerusinya di Tangney, di pinggir bandar pedalaman Perth.

Morton memenangi kerusi itu dengan margin 9.5 peratus pada 2019 dan sebagai pembantu menteri kepada perdana menteri, beliau adalah salah seorang teman rapat dan orang kepercayaan Morrison.

Berdasarkan keterangan di laman sesawang Parti Buruh yang dianggotai Sam, beliau adalah bekas pegawai polis di Malaysia yang berkhidmat selama dua tahun dan kemudian memilih untuk berhenti kerana gaji yang rendah.

Beliau kemudian menjadi pelatih ikan lumba-lumba di sebuah taman safari di Johor, yang terpaksa ditutup dan kesemua haiwan dilepaskan semula ke laut.

"Itu adalah tempoh terburuk dalam kerjaya saya pada waktu itu, namun kami dapat mengucapkan selamat tinggal kepada mereka (ikan lumba-lumba).

"Pada masa sama, kami gembira mereka dapat pulang ke rumah," katanya.

Membesar dalam keluarga yang miskin tanpa bekalan elektrik atau air, Sam berkata beliau terpaksa bergelut dengan kemiskinan sepanjang 15 tahun pertama hidupnya.

Bagaimanapun, kesukaran itu membina dirinya dan mempersiapkan beliau untuk menghadapi kesusahan.


Selepas kehilangan kerja sebagai pelatih ikan lumba-lumba, Sam menceburi bidang perniagaan kecil sehingga cukup berjaya dan mampu berhijrah ke Australia bersama isteri dan tiga anaknya pada 2002, seterusnya menyertai Akademi Polis Australia Barat pada 2006.

Beliau dianugerahkan Pegawai Polis Terbaik pada 2020 keranan kerjanya dalam kalangan masyarakat berbilang kaum ketika pandemik COVID-19.

"Menjadi pegawai polis adalah tugas hebat. Saya cintakan baju biru ini," katanya yang turut fasih bertutur dalam sembilan bahasa.

Penny Wong

Selepas kehilangan kerja sebagai pelatih ikan lumba-lumba, Sam menceburi bidang perniagaan kecil sehingga cukup berjaya dan mampu berhijrah ke Australia bersama isteri dan tiga anaknya pada 2002, seterusnya menyertai Akademi Polis Australia Barat pada 2006.

Beliau dianugerahkan Pegawai Polis Terbaik pada 2020 keranan kerjanya dalam kalangan masyarakat berbilang kaum ketika pandemik COVID-19.

"Menjadi pegawai polis adalah tugas hebat. Saya cintakan baju biru ini," katanya yang turut fasih bertutur dalam sembilan bahasa.

Seorang lagi anak kelahiran Malaysia, Penny Wong, adalah antara lima anggota kaukus Parti Buruh yang akan menjadi barisan menteri pertama mengangkat sumpah esok selepas pilihan raya umum Australia.

Penny, yang berkelulusan undang-undang, dilahirkan di Kota Kinabalu tetapi berpindah ke Australia pada 1976 ketika berusia lapan tahun, dijangka dilantik sebagai Menteri Luar Australia. - AGENSI





............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo