NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

IJN pantau pemulihan Azizulhasni


Satu pasukan petugas khas telah ditubuhkan bagi memantau dan membantu proses pemulihan jaguh berbasikal negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang yang sebelum ini selamat menjalani pembedahan jantung pada 21 April lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN), Ahmad Faedzal Md Ramli berkata, pasukan yang terdiri daripada pakar-pakar dari ISN dan Institut Jantung Negara (IJN) itu akan terus memantau perkembangan Mohd Azizulhasni sepanjang tempoh pemulihan.

Menurutnya, pasukan itu juga akan merangka satu program pemulihan berstruktur yang berdasarkan bukti menggunakan data-data penting.

“Dengan sokongan perubatan sukan dan sains sukan daripada ISN, kami kena sentiasa berkomunikasi dengan Azizul dan melihat elemen-elemen penting dalam program pemulihan ini.

“Ia termasuklah kesihatan beliau, aspek pemakanan pemulihan, sokongan daripada keluarga dan rakan-rakan, perubahan latihan selepas surgeri serta kordinasi program antara pakar jantung, pakar ISN dan jurulatihnya John Beasley,” katanya.

Ahmad Faedzal turut menjelaskan sokongan dan doa daripada semua pihak amat diperlukan Mohd Azizulhasni ketika ini, selain diberi ruang untuk pulih sepenuhnya daripada pembedahan yang dijalani bagi tiga bulan pertama ini.

Pemenang pingat perak Olimpik Tokyo 2020 itu telah menjalani pembedahan jantung terbuka bagi kondisi jantung jarang jumpa dikenali arteri koronari kanan yang menyalur daripada aorta di posisi yang janggal (AAORCA) di Hospital Epworth Richmond, Melbourne.

Penyakit berbahaya itu membawa risiko IJN pantau pemulihan Azizulhasniserangan jantung dan kematian mengejut jika tidak dirawat segera.

Sementara itu, Pakar Perunding Bedah Kanan Kardiotorasik merangkap Pengarah Sukan IJN, Datuk Seri Dr Jeffrey Jeswant Dillon berkata, pemulihan ‘The Pocket Rocketman’ itu telah dibahagikan kepada tiga fasa. Sinar







............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo