NOTIS:

Belum ada lagi....

Perebutan anugerah Kasut Emas EPL makin hangat

0

Bintang Manchester United, Cristiano Ronaldo (kiri), Mohamed Salah dari Liverpool (tengah) dan Son Heung Min (Tottenham). - Foto ihsan The Mirror.

LONDON: Persaingan untuk merebut anugerah Kasut Emas kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini terus hangat ketika hanya beberapa perlawanan berbaki lagi.

Harry Kane menamatkan musim 2020-21 sebagai penjaring terbanyak dengan 23 gol dan nampaknya jumlah yang sama akan diperlukan kali ini.

Penyerang Liverpool, Mohamed Salah yang kini mendahului carta penjaring memiliki kelebihan termasuk dalam usaha mencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas hanya ketinggalan satu mata di belakang Manchester City.

Bintang Tottenham Hotspur, Son Heung-min dan tonggak Manchester United, Cristiano Ronaldo disenaraikan Mirror Football sebagai antara pencabar Salah dalam perebutan anugerah penjaring terbanyak.

* Mohamed Salah - 22 gol

Salah mungkin perlahan pada pusingan kedua musim ini, tetapi dia memulakan kempen dengan baik.

Apabila pemain Mesir itu menjaringkan hatrik di Old Trafford dengan membantu Liverpool meraih kemenangan 5-0, ia membawanya sehingga 10 gol dalam hanya sembilan penampilan liga.

Kasut Emas ketiga masih cerah untuk dicapai jika dia menyamai pencapaian itu dari musim pertama bersama The Reds dan berkongsi anugerah sama dengan Pierre-Emerick Aubameyang dan Sadio Mane setahun kemudian.

Sekiranya skuad Jurgen Klopp mahu mengejar City dan memenangi liga, mereka perlu bergantung kepada lebih banyak gol daripada Salah apabila akan berdepan Tottenham, Aston Villa, Southampton dan Wolves.

* Son Heung-min - 19 gol

Memandangkan Son bukan pengambil sepakan penalti tetap Tottenham, penampilannya selaku pemain dalam senarai penjaring adalah lebih mengagumkan.

Pemain antarabangsa Korea Selatan itu mengumpul enam gol dalam lima perlawanan terakhir, termasuk dua ketika menewaskan Leicester City.

Empat perlawanan terakhir Spurs dalam EPL akan menyaksikan mereka menentang Liverpool, Arsenal, Burnley dan Norwich City.

*Cristiano Ronaldo - 18 gol

Persoalan diajukan kepada Ronaldo apabila dia kembali ke United pada Ogos, dengan ramai tertanya-tanya sama ada dia mampu melakukan sentuhan berbisa dalam penampilan kedua di EPL.

Jika Ronaldo ingin memenangi Kasut Emas, halangan terbesarnya mungkin adalah hakikat bahawa United hanya mempunyai dua perlawanan lagi untuk dimainkan.

Mengikut standardnya yang tinggi, 18 gol tidaklah besar, tetapi dia masih boleh mencapai 20 gol liga untuk musim ke-13 berturut-turut jika berjaya meledak berdepan Brighton dan Crystal Palace.

- AGENSI






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo