NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Lauk kampung tetap ‘win’ – PM


PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkongsikan menu yang sentiasa mendapat tempat di hatinya iaitu menu lauk kampung.

Perkara berkenaan dikongsikan dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

“Walau pelbagai jenis makanan saya dah cuba, lauk kampung tetap “win”. Kuah gulai kawah banjir, baru menjadi.
“Jamuan di Masjid Muhajirin Kampung Lubuk Kawah, Temerloh. Raya kedua, saya beraya disini santai dengan orang kampung dan saudara-mara.
“Semua steady lagi ke tu?Soal beliau hari ini.

Dalam hantaran terdahulu, Perdana Menteri turut berkongsikan aktiviti hari raya kedua beliau.

“Hari raya kedua adalah hari menziarah tanah perkuburan bagi seluruh keluarga dan saudara mara saya.

“Selain dari menyedekahkan tahlil dan doa… dapat juga membawa anak cucu untuk mengingatkan dan menjelaskan tentang sejarah atuk nenek, moyang serta keturunan mereka,” ujarnya.

Malah apa yang penting menurut Ismail Sabri, setahun sekali dapatlah kesemua sanak saudara jauh dan dekat berkumpul dan bermesra.







............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo