NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Grab kini mempunyai sekitar 30.9 juta pengguna aktif bulanan yang melakukan transaksi


Grab telah pun mengeluarkan data untuk suku tahunan pertama 2022 yang lepas, dan berkongsi dari segi pendapatan serta beberapa statistik yang lain.

Mengikut data yang dikongsikan, Grab kini mempunyai sekitar 30.9 juta pengguna aktif bulanan yang melakukan transaksi – yang mana didefinasikan sebagai pengguna yang melakukan pembelian atau pembayaran menggunakan aplikasi Grab.

Ini adalah peningkatan hampir 10% berbanding tahun lepas, dimana ketika itu ia sekadar 28 juta pengguna sahaja.

Angka ini adalah dengan turut menyertakan angka pengguna OVO – iaitu salah satu dompet digital yang telah diambil-alih oleh Grab, berpusat di Indonesia.

Tanpa angka pengguna OVO, Grab mempunyai sekitar 27.8 juta pengguna aktif setiap bulan yang melakukan transaksi pada platform mereka.


Sumber | Amanz






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo