NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS Sabah optimis dilandasan betul dan diterima rakyat

RAMAH MESRA: Mohamad (dua kiri), Nizam (tiga kiri) dan Kee Jamal (tiga kanan) berama mesra dalam majlis tersebut.

TAWAU: Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Sabah optimis sudah berada dilandasan yang betul bagi menuju pencapaian dan semakin diterima oleh rakyat di negeri ini.

Yang Dipertua PAS Kawasan Tawau, Mohamad Husain berkata buat masa ini persepsi sebahagian rakyat perlu diperbetulkan terhadap parti PAS.

Katanya, persepsi yang mengatakan PAS tidak boleh bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) di Sabah perlu diubah.

“PAS sudah semakin diterima rakyat menerusi pencapaiannya menyantuni rakyat dan sokongan yang ditunjukkan oleh masyarakat selama ini.

“Semua aktiviti kebajikan dan turun padang yang dilakukan oleh PAS turut mendapat sumbangan daripada orang ramai yang bersama-sama menyalurkan dana dan tenaga,” katanya

Malah, katanya, program pendidikan yang diwujudkan oleh PAS bermula daripada PASTI, Sekolah Rendah dan Madrasah juga mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.

Beliau berkata demikian semasa ditemui dalam majlis sambutan Aidilfitri PAS Kawasan Tawau yang dihadiri lebih 2,000 orang, di sini Ahad lalu.

Turut hadir dalam majlis itu, Pembantu Menteri Kewangan Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan dan Ketua Daerah Tawau, Kee Jamal Kee Sulaiman. 

Menurutnya, rakyat Sabah sudah mula membuka mata dan menyedari gerak kerja PAS dalam arena politik ikhlas membantu masyarakat.

“Pemimpin akar umbi dan jentera PAS di seluruh negeri sentiasa kelihatan lebih awal sekiranya berlakunya musibah ataupun bencana di kawasan terlibat,” katanya.

Dalam pada itu, Mohamad berkata PAS Sabah sentiasa menyokong dan memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada kerajaan yang ada sekarang samada di peringkat negeri mahupun persekutuan.

Mengulas mengenai majlis tersebut, katanya ia adalah penghargaan kepada penduduk Tawau yang sentiasa menyokong dan mendokong aktiviti PAS selama ini.

“Saya juga berterima kasih kepada seluruh jawatankuasa pelaksana terutamanya cawangan-cawangan PAS yang menjayakan majlis sambutan ini.

“Kita mengharapkan dengan adanya majlis sambutan ini semula setelah dua tahun tahun tidak dilaksanakan dapat mengeratkan silaturrahim antara ahli PAS dan penduduk Tawau,” katanya.



Sumber | Utusan Bornoe






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo