NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Terma Inggeris dalam permainan video diharamkan Perancis bagi menjana keaslian bahasa


Di Malaysia banyak terma gaming Inggeris digunakan seharian kerana ia lebih mudah difahami serta tidak memeningkan kepala kerana sudah sedia dipakai. Kadang kala kami di Amanz turut terpaksa berfikir banyak kali sama ada untuk menterjemah ataupun tidak disebabkan isu yang sama. Di Perancis, kerajaan telah mengharamkan penggunaan terma Inggeris dalam gaming bagi menjaga keaslian bahasa rasmi negara.

Alasan lain yang diberikan ialah bagi meningkatkan pemahaman bahasa kerana terma Inggeris dikatakan sukar difahami. Antara terma yang tidak lagi boleh digunakan dalam dokumen rasmi pro-gamer, streamer, esports dan cloud gaming. Di Malaysia isu ini tidak terbit kerana boleh dikatakan kesemua terma tersebut sudahpun mempunyai wujud terjemahannya.


Sumber | Amanz





............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo