NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

'BN biarlah dengan BNnya' - Ahmad Shabery


SHAH ALAM -
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengakui bersetuju dengan kenyataan Pas bahawa penyatuan ummah lebih besar daripada kerjasama politik untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Bagaimanapun, beliau menegaskan, Pas terlebih dahulu telah memilih Perikatan Nasional (PN) untuk menentang Barisan Nasional (BN) dalam dua Pilihan Raya Negeri (PRN) sebelum ini.

"Pas sudah mengenepikan warna hijaunya sendiri memilih biru PN untuk lawan BN.

"BN biarlah dengan BNnya. Medan tempur telah kita lalui bersama di Melaka dan Johor. Kata-mengata, gelar-menggelar sudah dilemparkan. No hard feelings. Nothing personal.

"Selepas itu masing-masing masuk pejabat dan bermesyuarat bersama dalam sebuah kerajaan," katanya dalam satu hantaran di laman Facebooknya pada Isnin.

Pada Ahad, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man memaklumkan bahawa Pas masih berpendirian penyatuan ummah adalah lebih besar daripada penyatuan politik kepartian atau kerjasama politik dalam menghadapi PRU15.

Menurutnya, ummah juga tidak akan berpecah tanpa kerjasama politik.

"Ulang balik di PRU15. Kalau ada rezeki boleh duduk sekali lagi bersama dalam kerajaan.

"Khabarnya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pun sedang cari khemah besar. Cari formula nak jadi Perdana Menteri ke-10. Mudahan Pas tak ditinggalkan. Kalau ada rezeki, tak kira dengan siapa, Pas tetap dalam kerajaan.

"Ummah tak pecah pun tanpa kerjasama politik. chill, relaks dan sejukkan hati," katanya.






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo