NOTIS:

Belum ada lagi....

Arunakirinathan diarah tarik balik fitnah, mohon maaf dan bayar pampasan kepada Firdaus Wong

0

KUALA LUMPUR : Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, mengarahkan aktivis sosial T Arunakirinathan memohon maaf dan membayar pampasan kepada pendakwah Firdaus Wong Wai Hung.

Menerusi penghakiman persetujuan, Arunakirinathan, 38, diperintahkan untuk menarik balik fitnah serta memohon maaf kepada Firdaus menerusi tulisan dan video di akaun media sosialnya.

Penghakiman melalui sidang video di hadapan Hakim Ahmad Bache' turut memerintahkan Arunakirinathan selaku defendan membayar kos sebanyak RM8,000 kepada Firdaus selaku plaintif.

Menerusi penghakiman persetujuan itu juga, defendan diarah secara bertulis dan melalui rakaman video untuk memohon maaf secara terbuka kepada Firdaus di Facebook.

Sementara itu, Firdaus ketika dihubungi berkata, beliau menerima tawaran pampasan RM8,000 atas nasihat peguamnya dan menganggap kes saman fitnah terhadap Arunakirinathan itu sudah selesai.

"Atas dasar ihsan (menerima tawaran pampasan) memandangkan beliau (Arunakirinathan) juga kalah saman fitnah kepada Dr Maza (Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin) sebanyak RM100,000.

"Dan, atas nasihat peguam, saya menerima baik tawaran pampasan RM8,000 sebagai kos kerana tujuan saman bukan kerana duit, tetapi untuk menepis fitnah serta menegakkan kebenaran," katanya.

Pada 29 Jun 2019, Firdaus memfailkan saman terhadap Arunakirinathan kerana memuat naik kenyataan dan video memfitnah beliau sebagai pengganas, menghina agama lain serta mengubah kitab agama lain.

Sumber | HMetro

............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo