NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

5 TASKA bawah YPKT, JKM ditutup kerana HFMD

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan negeri Hanafiah Mat bergambar bersama pemenang pertandingan sempena sambutan Hari Ibu dan Kempen Kesedaran Kanser Reproduktif Wanita (WCARE) di Taman Tasik Kuala Nerus. STR/GHAZALI KORI

KUALA NERUS: Lima taman asuhan kanak-kanak (TASKA) bawah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ditutup susulan kes jangkitan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Terengganu, Hanafiah Mat, berkata ia membabitkan tiga TASKA di daerah Hulu Terengganu serta masing-masing satu di Dungun dan Kemaman.

Beliau berkata, kesemua TASKA berkenaan ditutup secara berperingkat antara tiga hari hingga 10 hari, bermula 17 Mei hingga 2 Jun depan selepas 34 kes dikesan.

"Setakat ini, kes ini masih pada tahap belum serius dan insya-Allah, kita sudah memaklumkan ibu bapa untuk tidak menghantar anak mereka ke TASKA sekiranya mempunyai gejala sebaliknya terus membawa mereka ke hospital untuk rawatan bagi mengelak penularan.

"Alhamdullilah, kesedaran ibu bapa terhadap penyakit ini semakin tinggi apabila mereka mengambil tindakan sewajarnya jika anak mereka mempunyai gejala HFMD atau tidak sihat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Sambutan Hari Ibu Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2022 dan Kempen Kesedaran Kanser Reproduktif Wanita (WCARE) di Taman Tasik Kuala Nerus di sini, hari ini.

Hanafiah berkata, pihaknya memandang serius kes jangkitan HFMD walaupun ketika ini ia masih terkawal.

Katanya, pemantauan secara berterusan sentiasa dilakukan bagi memastikan TASKA dan taman didikan kanak-kanak (TADIKA) di Terengganu berada dalam keadaan selamat.

"Apabila kes HFMD dikesan, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) akan buat penilaian terlebih dahulu sebelum arahan penutupan dibuat bagi membendung penularan penyakit berkenaan," katanya.



Sumber | BH Online



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo