NOTIS:

Belum ada lagi....

Yayasan Petronas bantu 1,100 keluarga di tiga negeri

0

Ahmad Shazly (kanan) menyampaikan sumbangan Yayasan Petronas di Kelantan kepada Exco Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga Dan Wanita Negeri Kelantan, Datuk Mumtaz Md Nawi


KOTA BHARU - Yayasan Petronas membantu meringankan beban 1,100 keluarga kurang bernasib baik di Kelantan, Terengganu dan Pahang menerusi Program Sentuhan Kasih Aidilfitri.


Pengurus Besar Petronas Pantai Timur, M Ahmad Shazly Ramli berkata, menerusi program itu setiap keluarga yang terpilih menerima sumbangan berupa barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak, gula, tepung gandum, pes rendang, nasi impit segera dan santan kotak.

"Sumbangan ini merupakan salah satu komitmen berterusan Petronas untuk membantu menyediakan keperluan asas kepada golongan kurang berkemampuan.


"Besar harapan kita agar, sumbangan ini mampu meringankan bebanan golongan kurang berkemampuan di samping membantu menceriakan mereka sempena hari raya yang bakal menjelang tidak lama lagi," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Menurutnya, serangan pandemik Covid-19 dalam tempoh dua tahun lalu memberikan kesan mendalam kepada sebahagian rakyat Malaysia.

Beliau berkata, walaupun Malaysia sedang berada dalam fasa peralihan ke endemik ketika ini, namun kenaikan harga barangan sedikit sebanyak menimbulkan beban terutama di musim perayaan.

Dalam perkembangan lain, M Ahmad Shazly berkata, 500 keluarga B40 menerima sumbangan tersebut di negeri ini.

"Ia melibatkan penerima dari jajahan Kota Bharu, Tumpat, Pasir Mas, Jeli dan Tanah Merah.

"Sumbangan yang diagihkan ini mendapat kerjasama daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)," katanya.

Menurutnya, sebagai langkah menangani penyebaran pandemik, Petronas turut menyampaikan sumbangan kit kebersihan yang terdiri daripada pelitup muka, cecair sanitasi tangan dan tisu basah serta kit ujian kendiri Covid-19.

Katanya, agihan itu merupakan salah usaha memutuskan jangkitan Covid-19.

Sumber | Sinar Harian


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo