NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Wanita PKR Namakan ADUN Amanah Dalam Laporan Serangan Seksual


Seorang ADUN Permatang Pasir, Pulau Pinang, dan ahli Amanah, Muhammad Faiz Fadzil (anak Fadzil Noor), dinamakan dalam satu laporan serangan seksual oleh aktivis PKR yang menuduh ahli politik itu meraba tubuhnya.

Dalam laporan polis dilakukan di sebuah balai polis Subang Jaya minggu lalu yang dilihat MalaysiaNow, menyatakan insiden itu berlaku di sebuah pusat membeli belah di Petaling Jaya dan di dalam kereta ahli politik itu.

Apabila dihubungi, polis mengesahkan laporan tersebut, namun butiran lanjut tidak diberikan.

Pengadu berkata mulanya dia bertemu dengan ahli politik itu pada Januari, dan kemudian bertemu kali kedua selepas bersetuju untuk makan malam pada hari kelahirannya.

Wanita itu berkata dia bersetuju untuk makan malam bersama kerana “berbesar hati” kerana dibelanja ahli politik tersebut.

Bagaimanapun, dia mendakwa lelaki itu cuba memeluk dan merabanya di dalam kereta ketika menuju ke sebuah restoran.

Menyedari perbuatannya tidak disenangi, lelaki itu kemudian memintanya untuk merahsiakan kejadian tersebut.

Di dalam laporan itu juga, wanita itu mendakwa mengalami “gangguan emosi” sejak kejadian tersebut.

Menurut laporan itu lagi, Adun yang dimaksudkan adalah salah seorang pemimpin kanan Amanah yang juga merupakan anak kepada seorang tokoh politik di Kedah.

Dalam sebuah laporan Malaysiakini, siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan, undang-undang yang menetapkan kesalahan berkait penggunaan kekerasan bagi memalukan kesopanan seseorang.

Setakat ini, usaha untuk menghubunginya masih tidak berjaya. - MalaysiaNow


............oo000oo...........
PENAFIAN 1
  Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                            ...............


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo