NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Buku Keluarga Malaysia: PM ucap tahniah kepada Menteri Agama


KUALA LUMPUR:
Perdana Menteri mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Idris Ahmad melalui Jabatan Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) atas kejayaan menghasilkan Buku ‘Keluarga Malaysia, Keluarga Sejahtera’.

Menurut Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob, di dalam buku itu, Aspirasi Keluarga Malaysia dapat dilihat dengan menekankan tiga nilai utama iaitu ‘Keterangkuman’, ‘Kebersamaan’ dan ‘Kesyukuran’.

Beliau pada catatan di laman sosialnya malam tadi, menambah buku itu turut menghurai aspek tadbir urus berasaskan syariat Islam untuk pentadbiran yang lebih holistik dan mampan.

Dalam masa yang sama, katanya ia juga merupakan panduan dalam pembentukan dasar selaras dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai pusat rujukan semua kementerian dan agensi untuk melaksanakan tadbir urus berasaskan Maqasid Syariah.

Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) buat julung kali menerbitkan buku berkenaan bagi mendukung aspirasi Keluarga Malaysia yang dirasmikan Perdana Menteri, semalam. – HARAKAHDAILY 23/4/2022


............oo000oo...........
PENAFIAN 1
  Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                            ...............


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo