NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Saya akan sampaikan cabaran debat Najib pada Anwar kata Rafizi kepada Wartawan



Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mendakwa Najib Razak "takut" untuk berdebat dengannya mengenai isu kewangan Sapura Energy Berhad selepas bekas perdana menteri itu menetapkan syarat tertentu.

Najib sebelum itu berkata dia bersedia berdebat dengan Rafizi tetapi mahu Presiden PKR, Anwar Ibrahim turut menyertai debat berkenaan.

"@NajibRazak sebenarnya takut nak berdebat. Jadi dia cari alasan bagi syarat mintak heret @anwaribrahim sekali, sebab dia ingat Presiden PKR pun takut berdebat dengan dia," kata Rafizi dalam satu kenyataan di Twitter.

Bagaimanapun, Rafizi berkata dia sedia untuk menyampaikan cabaran itu kepada presiden PKR.

"In Sha Allah saya sampaikan kepada @anwaribrahim dan kita sama-sama tengok alasan & syarat baru apa pula Najib nak bagi," katanya.

Terdahulu, Najib berkata dia bersedia untuk menerima cabaran debat daripada Rafizi, namun naib presiden PKR itu perlulah memanggil Anwar Ibrahim untuk berdebat sama.

"Kamu boleh sama-sama atas pentas untuk debat bersama atau bantu dia. Dua lawan satu, tiada masalah," kata Najib menerusi Facebook.

Bekas perdana menteri itu berkata, jika Anwar tidak mahu menyertai debat itu, Rafizi boleh berdebat dengan Ketua Penerangan BN Selangor Isham Jalil.

Isham merupakan bekas pembantu Najib semasa dia menjadi perdana menteri.

‘Rafizi tahun 1992 baru menang debat’

Najib juga berkongsi hantaran Isham yang menyatakan Rafizi bukanlah calon yang sesuai untuk berdebat dengan bekas presiden Umno itu.



“Saya ingat sebelum dia (Rafizi) debat dengan bossku, baik dia debat dengan Saifuddin Nasution dulu.

“Ataupun dia boleh debat dengan saya. Dulu dia pernah kalah semi final semasa saya menang pemidato terbaik Debat Piala Perdana Menteri tahun 1991. Tahun 1992 baru dia menang,” kata Isham.

Sapura Energy merupakan syarikat senaraian awam tetapi menerima pelaburan besar daripada Perbadanan Nasional Berhad (PNB) milik kerajaan yang bertanggungjawab ke atas dana seperti Amanah Saham Bumiputera dan Amanah Saham Malaysia.

PNB memegang 40 peratus kepentingan dalam Sapura Energy, meningkat lebih 10 peratus pada 2018 apabila ia terus mengepam wang ke dalam firma yang menghadapi masalah kewangan itu.

Bagaimanapun, Sapura Energy baru-baru ini memerlukan bantuan kewangan selanjutnya, menimbulkan persoalan sama ada PNB perlu mengepam lagi dana untuk menyelamatkan firma itu daripada masalah kewangan.


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo