NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ebit Lew hadiahkan kereta kepada wanita jaga makcik kurang upaya


KUALA LUMPUR:
Sebelum ini tular di media sosial, video memaparkan seorang wanita orang kurang upaya (OKU) duduk di bahagian penumpang motosikal roda tiga sambil menahan panas terik mentari.

Turut kelihatan seorang lagi wanita yang membonceng motosikal itu di tengah bandar Kuala Terengganu.

Keperitan wanita yang menjaga makciknya dan terpaksa menaiki kerusi roda itu mendapat perhatian pendakwah terkenal, Ebit Lew, lapor Astro AWANI.

Menerusi perkongsian di media sosialnya, Ebit berkongsi perjalanannya ke Terengganu usai solat Subuh semata-mata untuk berjumpa dua wanita cekal itu.

Menceritakan berita gembira di 1 Ramadan ini, Ebit memilih untuk meringankan derita yang dilalui mereka dengan menghadiahkan sebuah kereta yang dibeli secara tunai, menurut Astro AWANI.

"Akak ini kuat kerja, jual aiskrim potong. Siapa nak beli aiskrim potong, beliau akan hantar dengan motor roda 3 ke mana-mana. Beliau juga tidak suka bergantung dan berharap pada sesiapa.

"Jika sesiapa nak bantunya boleh beli aiskrim potongnya dan 'sponsor' ke untuk anak yatim atau majlis buka puasa.

"Sebelum ini sambung ijazah sarjana master tapi terhenti kerana keadaan kewangan dan menjaga makcik yang sakit," kongsi Ebit di Facebooknya seperti dinukil oleh Astro AWANI.
Sumber : Agensi berita



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo