NOTIS:

Belum ada lagi....

Muhyiddin tebal muka sanggup jumpa Tun M kata Nazri



KUALA LUMPUR:
Hasrat Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menjadi Perdana Menteri sekali lagi lebih kepada kepentingan peribadi bukan untuk rakyat dan negara, kata Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
Bercakap kepada Astro AWANI, Mohamed Nazri menyifatkan Muhyiddin sebagai terdesak kerana mahu menyelamatkan projek-projek beliau yang mungkin telah dibatalkan oleh kerajaan sedia ada. Malah Mohamed Nazri menganggap Muhyiddin sebagai seorang individu yang tidak mempunyai maruah kerana sanggup meminta sokongan daripada individu yang pernah dikhianati sebelum ini.  
Mohamed Nazri mengakui sangat terkejut apabila mendapat tahu Muhyiddin sanggup pergi berjumpa Tun Dr Mahathir Mohamd dan meminta sokongan untuk kembali menjadi Perdana Menteri.
"Muhyiddin ini terbukti muka tebal sebab sanggup pergi minta sokongan daripada Tun Mahathir yang pernah beliau khianati sebelum ini untuk mencapai cita-cita menjadi Perdana Menteri "Pada saya perbuatan Muhyiddin ini adalah sangat tidak normal kerana bagi manusia biasa yang mempunyai maruah dan integriti adalah sukar untuk melakukan perkara ini," bidas beliau lagi.
Mohamed Nazri juga menjangkakan hasrat Muhyiddin untuk kembali menjadi Perdana Menteri akan gagal kerana tindakan itu dibuat atas kepentingan peribadi bukan demi rakyat.
"Kalau Muhyiddin dan parti-parti pembangkang yang lain bergabung dan mahu mengalahkan UMNO dan Barisan Nasional kerana mereka rasa lebih bagus mungkin akan dimakbulkan Tuhan.
"Tetapi kalau nak jatuhkan UMNO yang merupakan parti keramat atas sebab kepentingan perbadi, kerana nak selamatkan projek seperti Digital Nasional Berhad, saya rasa ianya akan gagal.
"Dan saya pelik juga sebab sebelum ini, masa Pilihan Raya Negeri Melaka dan Johor, Muhyiddin acapkali ulang beliau tidak berhasrat nak jadi Perdana Menteri tetapi pergi minta sokongan pihak lain untuk jadi Perdana Menteri sekali lagi, ini nak kata tidak ada hasrat atau macam mana?" soal beliau lagi.
Pada Jumaat, Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Dr Mahathir mendakwa Muhyiddin bertemu beliau untuk mendapatkan sokongan dalam usahanya untuk kembali menjadi Perdana Menteri.
Selain Dr Mahathir, Presiden Parti Warisan (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal juga mendedahkan Muhyiddin menghubunginya untuk mendapat sokongan bagi membolehkan menjadi Perdana Menteri sekali lagi. 


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo