NOTIS:

Belum ada lagi....

Rasmi : TikTok Shop diperkenalkan di Malaysia, Saingi E-dagang yang lain

0


Hari ini, TikTok secara rasminya telah memperkenalkan TikTok Shop untuk pasaran Malaysia, sekaligus membolehkan proses jual-beli terus dilakukan pada platform berkenaan tanpa perlu meninggalkannya.

Pengenalan ciri ini di Malaysia selari dengan sasaran TikTok menjadi aplikasi “Shopertainment” – dimana pengguna boleh mengikuti kandungan, dan beli-belah terus pada platform berkenaan.



TikTok mengatakan pada tahun 2021 sahaja, Malaysia mencatatkan transaksi berjumlah RM279 bilion dalam arena edagang, dan dijangka akan terus berkembang pesat untuk tahun-tahun akan datang. Ini sekaligus memperlihatkan TikTok dalam arena yang tepat dalam membantu peniaga dan juga pengguna.

Para pengguna akan dipaparkan dengan video promosi termasuk pautan terus untuk membeli tanpa meninggalkan aplikasi berkenaan.

Bersempena pengenalan ini juga, TikTok menawarkan baucar penghantaran percuma, baucar diskaun, dan sebagainya.

Sumber | Amanz
























............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo