NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Rangkaian 5G kini boleh digunakan oleh pengguna di Johor dan Selangor


Rangkaian 5G telah mula diperkenalkan di Malaysia sejak penghujung 2021 lepas. Pada peringkat awal, ia hanya ditawarkan di Kuala LumpurPutrajaya dan juga Cyberjaya.

Kini, setelah beberapa bulan, perkhidmatan 5G sudah boleh dinikmati oleh pengguna di beberapa kawasan sekitar Johor dan juga Selangor.


Pengenalan ini hadir selepas ujian dilakukan beberapa minggu sebelum ini. Buat masa ini, lokasi di Johor masih terhad, tetapi dijangka diperluaskan dalam bulan-bulan akan datang.


Bagi pengguna di Malaysia yang ingin menggunakan rangkaian 5G, haya Yes sahaja yang menawarkan sokongan buat masa ini, Pihak Unifi Mobile masih belum memperkenalkan ia kepada umum, sementara syarikat telekomunikasi lain masih senyap berkenaan pengenalannya disebabkan proses perbincangan berkaitan DNB. Jikalau berminat, anda boleh memohon kad SIM percuma untuk Yes 5G, dan mencuba rangkaian 5G ini di peranti anda hari ini!

Sumber | Amanz
























............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo