NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Rafizi pernah tolak lamaran untuk tubuh parti baru - Arafat


Calon timbalan presiden PKR Rafizi Ramli pernah dilamar oleh seorang bekas menteri yang dekat dengan Dr Mahathir Mohamad untuk menubuhkan parti baru, dakwa Ketua Penerangan PKR Perak Muhammad Arafat Varisai Mahamad.

Namun, katanya, usaha berkenaan menemui jalan buntu setelah naib presiden PKR itu menolak 'pinangan' tokoh menteri Umno itu.

"Pada awal tahun ini, sebelum Rafizi mengumumkan pencalonannya sebagai calon timbalan presiden PKR, dua wakil tokoh tersebut datang berjumpanya di pejabat Invoke di Kuala Lumpur.

"Mereka memberitahu hasratnya, bahawa tokoh politik itu sedia membantu sekira Rafizi bersetuju untuk menubuhkan parti baru atau mengambil alih parti politik yang sedia ada.

"Namun, Rafizi menolak tawaran tersebut dan menyatakan hasratnya akan kekal bersama PKR," katanya kepada Malaysiakini.

Demikian katanya ketika Adun Hulu Kinta itu diminta menjelaskan kenyataannya dalam kempen pemilihan PKR  baru-baru ini.

Dalam majlis di Gunung Rapat, Perak, Arafat yang juga ketua PKR cabang Tambun berkata tindakan Rafizi menolak tawaran “tokoh Umno” itu membuktikan kesetiaannya kepada parti.

Majlis itu turut dihadiri Rafizi. Malaysiakini sedang cuma mendapatkan komen Rafizi.

Rafizi akan berdepan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail dalam satu pertarungan satu lawan satu dalam pemilihan parti bermula 13 Mei hingga 22 Mei.

Rafizi adalah calon timbalan presiden PKR semasa pemilihan PKR pada 2018, namun kalah tipis kepada Azmin Ali, yang sejak itu telah berpaling tadah kepada Bersatu.

Selepas pemilihan itu, Rafizi “bercuti” daripada aktiviti politik untuk memberi fokus kepada perniagaan.


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo