NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kes Dadah DJ Isma Halil Bicara 3 Hari Oktober Ini


KUALA LUMPUR
– Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan tiga hari iaitu 19, 20 dan 31 Oktober ini bagi tarikh perbicaraan kes penyampai radio, Isma Halil Hamzah atas pertuduhan mengedar dadah tahun lalu.

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin menetapkan tarikh itu selepas kedua-dua pihak iaitu pendakwaan dan pembelaan bersetuju dengan tarikh perbicaraan itu.

Terdahulu, semasa prosding Timbalan Pendakwaan, Norashikin Ibrahim memaklumkan pihaknya telah menyerahkan dokumen berkaitan kes kepada pihak pembelaan.

Pada masa sama pihak pendakwaan mencadangkan enam hingga tujuh saksi pendakwaan dipanggil untuk perbicaraan selama tiga hari pada 19, 20 dan 31 Oktober ini.

Peguam Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar kemudian mengesahkan telah menerima dokumen kes dan memohon tarikh sesuai untuk perbicaraan dan bersetuju dengan tarikh itu.

“Sekiranya ada representasi dan perkembangan baharu, pihak kami (pembelaan) akan menulis surat kepada mahkamah untuk mendapatkan tarikh sebutan,” kata peguam itu.

Semasa prosiding, selain Ahmad Zaharil, tertuduh turut diwakili peguam Adi Zulkarnain Zulkafli.

Pada 21 Februari lalu, Isma, 49, membuat pengakuan tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini atas pertuduhan mengedar dadah selepas pengakuan direkodkan buat pertama kali.

Mengikut pertuduhan Isma didakwa telah mengedar dadah berbahaya jenis Kanabis iaitu 374.6 gram di sebuah rumah di Jalan Semarak, Wangsa Maju di sini pukul 5.35 petang pada 27 Ogos 2021.

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 39B (1) (A) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 39B (2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Sebelum itu pada 27 Januari lalu, Mahkamah Majistret di sini membenarkan kes Isma dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Ia selepas peguam Adi Zulkarnain Zulkafli ketika itu memaklumkan laporan kimia telah diperoleh yang mana berat dadah itu turun dari 409 gram seperti dalam pertuduhan kepada 374.6 gram.

Kes dadah itu dipindah dan dibicarakan ke Mahkamah Tinggi berikutan hukuman bagi pertuduhan tersebut memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.

Kosmo Online


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo