NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

SOP Raya Di Masjid, Surau Tertakluk Pihak Berkuasa Agama Negeri


PUTRAJAYA
: Kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) bagi sambutan Hari Raya Aidilfitri yang melibatkan masjid dan surau masih lagi tertakluk pihak berkuasa agama negeri.

Isu itu dijelaskan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad sebagai mengulas protokol baharu diumumkan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

“Semua SOP yang ditetapkan pihak kerajaan adalah panduan umum, namun, ia juga tertakluk kepada pihak berkuasa agama negeri masing-masing,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Semalam, dalam sidang akhbar khas di kementeriannya, Khairy mengumumkan pelbagai kelonggaran protokol sambutan untuk Hari Raya Puasa terutamanya di kawasan masjid dan surau.

Antaranya takbir raya yang sudah dibenarkan termasuk dibuat di rumah, solat sunat Aidilfitri dengan kapasiti jemaah 100 peratus serta kunjungan ke rumah terbuka dan tanah perkuburan.

Namun, individu digalakkan memakai pelitup muka di kawasan sesak dengan segala SOP tersebut membabitkan hanya mereka yang tanpa gejala dan sudah pun lengkap vaksinasi.

Bagaimanapun, sekatan masih dikenakan ke atas individu yang disahkan positif Covid-19 apabila mereka tetap dilarang untuk menyertai segala aktiviti dianjurkan sepanjang perayaan itu.

Mengulas lebih lanjut, Idris berkata, garis panduan terkini itu dijangka dapat merealisasikan hasrat pihak kerajaan dalam pembentukan sebuah Keluarga Malaysia, Keluarga Sejahtera.

“Saya mengharapkan dengan kelonggaran protokol ini, sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut umat Islam akan mengikat dan memperkukuhkan persaudaraan kita,” katanya.

Pada masa sama, beliau mengingatkan semua jemaah masjid atau surau untuk digalakkan berwuduk dari rumah dan membawa sejadah sendiri selain masuk dan keluar dengan tertib.

Kelonggaran SOP yang diumumkan Khairy itu selaras dengan pelbagai perubahan protokol sebagai persediaan negara melakukan peralihan fasa daripada pandemik kepada endemik.

Langkah itu sudah bermula secara berperingkat mulai 1 April lalu apabila pintu sempadan negara dibuka, sekali gus membolehkan aktiviti balik kampung setelah dua tahun dilarang.

Paling mendapat tumpuan banyak pihak ialah kelonggaran pemakaian pelitup muka dan pengimbasan kod QR aplikasi MySejahtera tidak lagi diwajibkan bermula pada 1 Mei depan.

Utusan Online


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo