NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PM buka puasa bersama pimpinan Pemuda, Puteri UMNO

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (kanan) menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak angkatnya, Nur Qurratu Ain Nabilah Benyajeed dan kakaknya, Nur Rawdhah Nabilah Benyajeed, pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Kepemimpinan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian di Seri Perdana, malam ini.

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini berbuka puasa bersama kepemimpinan Pemuda dan Puteri UMNO bahagian di kediaman rasminya di Seri Perdana di sini.

Antara yang hadir ialah Ketua Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan; Naib Ketua Puteri UMNO, Datuk Nurul Amal Mohd; Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Suffian Hamdan dan Penolong Setiausaha Pemuda UMNO, Datuk Hasmuni Hassan.

Majlis yang dihadiri hampir 1,000 tetamu itu turut dihadiri 35 anak yatim dan asnaf dari Rumah Raudhatul Al Faeez di Gombak, Selangor.

Perdana Menteri turut meluangkan masa beramah mesra serta bergambar bersama mereka.

Ismail Sabri kemudian menunaikan solat maghrib, isyak dan tarawih secara berjemaah. – BERNAMA




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo