NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Thailand henti ujian COVID-19 ketika tiba bagi pelawat sudah divaksinasi

Pelancong kembali ke pantai Teluk Maya, Krabi susulan kerajaan Thailand membuka semua pusat peranginan terkenal di dunia itu selepas lebih tiga tahun ditutup bagi proses pemulihan ekosistem yang teruk terjejas akibat dikunjungi terlalu ramai orang. - Foto REUTERS

BANGKOK: Kerajaan Thailand hari ini mengumumkan penamatan ujian COVID-19 yang diwajibkan ke atas pengembara sudah divaksinasi.

Ia adalah sebahagian usaha negara itu memacu pemulihan industri pelancongan yang amat terkesan dengan pandemik.

Sekatan sempadan yang ketat membantu kerajaan mengehadkan jangkitan dan kematian pada 2020 tetapi menyebabkan sektor pelancongan yang menyumbang kira-kira 20 peratus daripada ekonomi negara itu, terjejas teruk.

Pasukan petugas COVID-19 Thailand menyatakan, mulai 1 Mei, penumpang pesawat yang lengkap vaksinasi tidak lagi perlu mengambil ujian ketika ketibaan dan menunggu di bilik hotel untuk keputusan.

Jurucakap pasukan petugas COVID-19 Thailand, Taweesin Visanuyothin, berkata pihak berkuasa kini hanya memerlukan ketibaan untuk menunjukkan bukti vaksinasi dan perlindungan insurans kesihatan sekurang-kurangnya AS$10,000 (RM43,000).

"Langkah ini akan memacu momentum pemulihan ekonomi memandangkan kita adalah negara yang sangat bergantung pada pelancongan," kata Perdana Menterinya, Prayut Chan-O-Cha.

Bagi pengembara yang tidak divaksinasi, mereka perlu menunjukkan keputusan ujian negatif yang diambil dalam masa 72 jam selepas berlepas ke Thailand atau menjalani kuarantin hotel selama lima hari dan melakukan ujian.

Awal bulan ini, Thailand menggugurkan syarat untuk ujian COVID-19 pra-ketibaan yang dikuatkuasa secara mandatori.

Hotel, pusat peranginan dan pengusaha pelancongan sebelum ini sudah lama mendesak peraturan kemasukan yang menyusahkan itu dimansuhkan, dalam usaha menarik lebih ramai pelancong asing.

Kerajaan Thailand berdepan cabaran sukar untuk bangkit daripada prestasi ekonomi terburuk sejak krisis kewangan Asia pada 1997.

Pakar menganggarkan kira-kira lima juta pelawat antarabangsa akan datang ke Thailand tahun ini, yang merosot daripada hampir 40 juta pada 2019.

Thailand mempunyai purata tujuh hari kira-kira 20,000 jangkitan harian baharu dan kadar kematian harian melebihi 100 orang selama hampir dua minggu.

Daripada kira-kira 260,000 pelancong asing yang tiba di bawah skim 'Test and Go' hanya 1,195 (0.46 peratus) diuji positif virus itu pada April, menurut data kerajaan. - AFP




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo