NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jawatankuasa Menteri Arab kecam Israel kerana serang al-Aqsa

Sekumpulan warga Palestin memadamkan api susulan pertembungan dengan pasukan keselamatan Israel di perkarangan Masjid al-Aqsa di Bandar Lama Baitulmaqdis. - Foto REUTERS

AMMAN: Satu jawatankuasa Menteri Arab semalam menyelar tindakan Israel di Baitulmaqdis sebagai provokasi terang-terangan, sambil menggesa masyarakat antarabangsa mendesak perbuatan itu dihentikan segera.

Jawatankuasa berkenaan yang bertanggungjawab terhadap tindakan antarabangsa untuk berdepan dasar dan tindakan haram Israel di Baitulmaqdis itu mengadakan mesyuarat tergempar di Amman, Jordan.

Mereka sebulat suara mengutuk serangan Israel terhadap jemaah di Masjid al-Aqsa, yang mengakibatkan kecederaan dan penahanan ratusan jemaah selain kerosakan kepada kemudahan tempat suci itu.

Jawatankuasa itu memberi amaran serangan itu mewakili provokasi terang-terangan terhadap perasaan umat Islam, menjejaskan kebebasan beribadat selain mengancam keselamatan dan kestabilan serantau serta global.

Jawatankuasa itu juga menyatakan sokongan penuh kepada rakyat Palestin, terutama hak sah mereka berdasarkan penyelesaian dua negara, selaras dengan resolusi perundangan antarabangsa dan Inisiatif Keamanan Arab.

Jawatankuasa itu menyuarakan penolakan terhadap semua amalan haram Israel untuk mengubah status quo perundangan dan sejarah Masjid al-Aqsa serta sebarang percubaan untuk melaksanakan pembahagian ruang atau masa di masjid itu.

Jawatankuasa itu, yang dipengerusikan oleh Jordan, turut membabitkan Tunisia, Algeria, Arab Saudi, Palestin, Qatar, Mesir, Maghribi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Setiausaha Agung Liga Arab.

Ketegangan antara Israel dan Palestin memuncak sejak beberapa minggu lalu susulan perayaan 'Paskah Yahudi bertindih dengan Ramadan, bulan suci umat Islam.

Perkarangan Masjid al-Aqsa adalah tapak suci bagi umat Islam dan juga Yahudi, yang memanggilnya Temple Mount. - AGENSI




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo