NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Singapura tarik kebanyakan sekatan COVID-19

Penumpang komuter memakai pelitup muka ketika meninggalkan stesen kereta api ketika Singapura menghadapi ancaman COVID-19 yang serius. - Foto REUTERS

SINGAPURA: Republik ini mulia minggu depan dijangka menarik balik kebanyakan sekatan ketat yang dikuatkuasa, kata pihak berkuasa kerajaan hari ini, sekali gus menandakan 'langkah penting' ke arah kehidupan biasa.

Awal bulan ini, Singapura membuka semula sempadannya kepada semua pelawat yang lengkap divaksin, pendekatan sama diambil beberapa negara lain yang melonggarkan sekatan perjalanan apabila mereka beralih kepada fasa endemik COVID-19.

Pihak berkuasa hari ini mengumumkan lebih banyak sekatan akan ditarik balik, antaranya membatalkan semua keperluan ujian terhadap pengembara yang sudah divaksinasi mulai 26 April atau Selasa ini.

Jumlah jangkitan harian dan kadar kemasukan ke hospital menurun secara berterusan sejak beberapa minggu lalu dengan purata kira-kira 3,100 kes setiap hari, kata Kementerian Kesihatan dalam kenyataan media.

"Walaupun ini adalah langkah penting dalam kita kembali kepada kehidupan normal, pandemik ini belum berakhir," kata kementerian itu.

Mulai Selasa ini juga, had perjumpaan kumpulan dan syarat jarak selamat akan ditarik balik dan semua pekerja akan dibenarkan kembali ke pejabat.

Orang ramai tidak lagi perlu mendaftar masuk menggunakan aplikasi pengesanan kontak apabila memasuki kebanyakan tempat, tetapi pelitup muka masih diperlukan ketika berada di tempat sesak dalam bangunan dan pengangkutan awam.

"Dengan semua perubahan ini, kita lebih bebas bernafas selepas dua tahun melalui cabaran sangat sukar memerangi virus ini.

"Namun, hendaklah sentiasa ingat kita semakin hampir ke garisan penamat tetapi perlumbaan belum tamat dan wabak itu pastinya belum berakhir," kata Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Kerajaan Memerangi COVID-19, Lawrence Wong.

Selain itu, beliau memberi amaran sekatan COVID-19 boleh diperkenalkan semula jika varian baharu menimbulkan ancaman.

Pada permulaan pandemik, negara dengan 5.5 juta penduduk itu mencatatkan bilangan kes COVID-19 rendah melalui penutupan dan penguatkuasaan sekatan yang ketat.

Singapura menghadapi penularan jangkitan yang meluas sejak tahun lalu dan dengan pencapaian kadar vaksinasi tertinggi di dunia, pihak berkuasa beralih kepada pendekatan hidup dengan virus itu. - AFP



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo