NOTIS:

Belum ada lagi....

Hari Bumi: Anak muda perlu libatkan diri dalam pemulihan alam sekitar - Tengku Hassanal

0
Baginda bertitah perancangan jangka panjang perlu diwujudkan bagi mengatasi kehilangan sumber kepelbagaian biodiversiti, perubahan iklim dan ketandusan tanah. 

KUANTAN: Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyeru lebih ramai anak muda menggalas tanggungjawab dalam aktiviti pemulihan alam sekitar demi kelestarian alam.
Baginda turut bertitah tindakan segera dan perancangan jangka panjang perlu diwujudkan bagi mengatasi kehilangan sumber kepelbagaian biodiversiti, perubahan iklim dan ketandusan tanah.
Titah baginda, usaha itu perlu dilakukan melalui penglibatan setiap individu selain daripada pihak seperti kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
“Kita perlu melakukan perubahan bersifat transformasi bukan sahaja dari segi minda, malah dalam setiap aspek kehidupan bagi memastikan bumi dapat dilestarikan sebaiknya.
“Kerajaan, institusi perniagaan dan kewangan, pertubuhan bukan kerajaan dan setiap warganegara perlu tampil untuk memulihkan kerosakan alam semulajadi dan perubahan iklim,” titah baginda dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Tengku Hassanal turut mengingatkan semula matlamat sambutan Hari Bumi yang disambut pada 22 April setiap tahun sejak 1970.
Baginda bertitah ia yang bertujuan mempelbagaikan, mendidik dan memacu gerakan kelestarian alam sekitar di seluruh dunia.
“Biar pun kesedaran dan keprihatinan alam sekitar semakin meluas berlaku secara dramatik sejak lima dekad lalu, namun kegiatan manusia terus berleluasa sehingga merosakkan jaringan hidup yang menjadi pergantungan kita untuk mendapatkan sumber makanan, sumber air, udara bersih dan sebagainya.
“Berdasarkan penilaian oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 2019, dianggarkan 60 peratus perkhidmatan ekosistem semulajadi semakin terancam dengan ketara, yang mana ancaman kepupusan sejuta spesies flora dan fauna akan berlaku menjelang 2050,” titah baginda.
Baginda bertitah kegiatan manusia yang merosakkan alam sekitar masih berlaku.
Merujuk kepada laporan 'UN's Intergovernmental Panel on Climate Change' (IPCC) pada tahun ini, Tengku Hassanal menegaskan bahawa perubahan iklim telah mengakibatkan banyak kejadian bencana seperti ribut, banjir dan kebakaran hutan berlaku dengan lebih kerap dan teruk.
"Saya melihat sendiri banjir besar yang melanda Pahang pada Disember 2021 dan Januari lepas dengan angka kematian dan kehilangan harta benda yang amat mendukacitakan," titah baginda dan menyifatkan transformasi perlu dilakukan segera demi kelestarian alam sekitar.
Baginda bertitah, pelbagai persidangan dan kerangka tindakan dirancang sejak 1992 bagi memulihara kepelbagaian biodiversiti, penggunaan komponen yang lebih lestari dan akses untuk memanfaatkan sumber genetik secara bersama.
Pada tahun 2022, komuniti antarabangsa sedang merangka sasaran dekad baharu menerusi UN Global Biodiversity Framework yang menetapkan pelan besar meliputi tindakan mentransformasikan masyarakat agar menyantuni alam sekitar di mana perundingan akan bermula pada Jun depan di Nairobi, Kenya.
Sumber | Astro Awani



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo