NOTIS:

Belum ada lagi....

Peniaga bazar Ramadan tak wajar naikkan harga

Gambar Hiasan

PUTRAJAYA: Tiada keperluan peniaga termasuk peniaga di bazar ramadan untuk menaikkan harga makanan yang dijual kerana kebanyakan harga barang mentah sudah dikawal oleh kerajaan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata harga barangan terkawal itu sudah diambil kira margin keuntungannya.

"Kita minta kerjasama peniaga tetapkan harga yang lebih munasabah dan berpatutan. KPDNHEP akan sentiasa membuat pemantauan untuk memastikan harga yang dijual itu lebih munasabah.

"KPDNHEP sentiasa prihatin dan akan memantau serta memberi perlindungan kepada pengguna, namun pengguna juga perlu diingatkan untuk sentiasa berhati-hati bagi mengelakkan daripada dimanipulasi oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab," katanya pada sidang media selepas mengadakan 'walkabout' di Bazar Ramadan Putrajaya sempena Ops Pantau 2022, Presint 3, di sini, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan beberapa peniaga bazar Ramadan di beberapa negeri menaikkan harga juadah mereka sehingga 30 peratus. Peniaga memberi alasan kenaikan itu terpaksa dilakukan kerana berlakunya kenaikan harga barang mentah, sewa tapak dan kos memasak.

Alexander berkata, kawalan harga berkenaan termasuk ayam, telur ayam, minyak masak sawit tulen, tepung gandum kegunaan am, gula, gas cecair memasak (LPG), RON95 dan Diesel untuk pengangkutan.

Bagi mengawal harga berkenaan, Alexander berkata, lebih 2,000 penguatkuasa KPDNHEP yang dibantu oleh 1,000 pegawai pemantau harga yang akan 'turun padang' di seluruh negara bagi memastikan harga juadah di bazar Ramadan terkawal serta tidak membebankan pengguna.

Beliau juga berkata, siasatan akan dijalankan terhadap sesebuah premis atau gerai yang menerima banyak aduan daripada pengguna termasuk semakan terhadap harga bahan mentah yang dibeli daripada pembekal, selain kos pembuatan, kos operasi dan harga pada peringkat pengeluar dan pemborong.

"KPDNHEP tidak akan teragak-agak mengambil tindakan jika peniaga didapati bersalah mencatut seperti diperuntukkan mengikut Akta Bekalan 1966 dan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Sumber | BH Online




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo