NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS sahkan tiada kerjasama dengan pembangkang


PAS mengucapkan terima kasih di atas kenyataan Presiden Amanah yang mengesahkan bahawa PAS tidak mempunyai sebarang hubungan dan sekaligus tidak akan menjalinkan kerjasama politik dengan parti-parti pembangkang, khususnya Pakatan Harapan (PH) dalam pendekatan ‘khemah besar’ bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.

PAS sepanjang masa amat konsisten dengan pendirian mendokong dan memperkuatkan Kerajaan Persekutuan yang diterajui bersama oleh Barisan Nasional, Perikatan Nasional, Gabungan Parti Sarawak (GPS), PBS dan STAR.

PAS amat yakin pendekatan penyatuan ummah yang boleh dicapai melalui kolaborasi parti-parti utama di negara ini yang berteraskan konsep perpaduan Melayu-Islam dan bumiputera adalah formula yang paling berkesan serta akan diterima oleh majoriti rakyat Malaysia.

PAS juga melalui pendekatan Politik Matang dan Sejahtera sentiasa komited dan sedia berbincang dan bekerjasama dengan mana-mana pihak yang mengutamakan perpaduan serta keharmonian dalam menghadapi PRU15. Apa yang penting dalam era pasca pandemik ini adalah kepentingan rakyat dan negara diutamakan.

Takiyuddin Hassan
Setiausaha Agung PAS
Bertarikh: 18 April 2022 





............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo