NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bung ajak berbincang, elak pertembungan Kerusi dalam PRU-15


KOTA KINABALU: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin menyatakan kesediaan untuk berbincang dengan parti-parti dalam Gabungan Rakyat Sabah-Barisan Nasional (GRS-BN) bagi mengelak daripada berlaku pertembungan Kerusi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Beliau mengakui, perbincangan itu sememangnya bukan mudah akan tetapi ianya perlu dilakukan demi memastikan kestabilan serta keharmonian politik di negeri Sabah.


"Di Sabah kita ada 25 Kerusi Parlimen, maka kita perlu berbincang dengan pemimpin-pemimpin dalam GRS-BN bagi memastikan tidak berlaku pertembungan. Kalau boleh elak, kita elakkan.


"Jika kita lihat trend hari ini, masing-masing mahu menuntut Kerusi yang banyak dan situasi ini bukan mudah untuk dibincangkan. Akan tetapi kita akan duduk bersama dengan Parti Bersatu Sabah (PBS); Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan juga Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) untuk meredakan keadaan, " katanya.


Beliau berkata demikian kepada Utusan Borneo dalam satu sidang media yang diadakan selepas Majlis Berbuka Puasa bersama Media di salah sebuah hotel di ibu negeri, semalam.
Dalam perkembangan sama, Bung yang juga Timbalan Ketua Menteri memberitahu, sekiranya pertembungan berlaku ia sudah tentu akan menggugat keharmonian dalam GRS-BN nanti.


"Sekiranya keempat-empat parti bertembung dalam PRU-15, siapapun yang menang, ia kemungkinan menggugat kerajaan negeri serta GRS-BN nanti. Mudah-mudahan kita semua diberi kekuatan dalam semua aspek.


"Perkara ini bukan mudah untuk dibincangkan, akan tetapi saya tetap akan kemukakan cadangan-cadangan yang baik untuk semua parti nanti, " katanya.


Sumber | Utusan Borneo




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo