NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Lesen skuter elektrik bakal diwujudkan kelak


Menteri Pengangkutan kini berkongsi mengatakan sebuah peraturan kecil berhubung penggunaan skuter elektrik atau e-skuter akan diputuskan tidak lama lagi, termasuk berkaitan pelaksaaan lesen terhadap pengguna e-skuter dan juga pembekal kenderaan berkenaan.

Seperti ramai sedia maklum, penggunaan skuter elektrik semakin popular akhir-akhir ini, terutama dalam bergerak dari suatu lokasi ke lokasi berdekatan dengan pantas berbanding berjalan kaki.

Di pusat bandaraya juga, terdapat beberapa penyedia yang menawarkan perkhidmatan skuter elektrik, dan boleh dilanggan dengan hanya menggunakan aplikasi mudah-alih.

Bercakap mengenai pelaksanaan lesen, Menteri Pengangkutan mengatakan sebuah kaedah dan undang-undang kecil untuk dipatuhi akan dikeluarkan, termasuk untuk menggunakan ia pada suatu kelajuan tertentu, lesen khusus diperlukan.

Pada hari ini, pengguna skuter elektrik tertakluk dibawah akta yang merangkumi kenderaan mikro mobiliti, yang ditakrifkan sebagai kenderaan yang dipacu oleh sumber elektrik, enjin pembakaran dalam, atau kuasa manusia; dan mempunyai kelajuan maksimum 50 kilometer sejam.

Sumber | Amanz




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo