NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Elon Musk mungkin bekerjasama dengan seorang lagi pemegang saham Twitter


Selepas membeli 9 peratus daripada pegangan saham Twitter, Elon Musk pada minggu lepas membuat kejutan dengan mengatakan bahawa beliau mahu membelanjakan RM181 bilion untuk membeli keseluruhan pegangan syarikat tersebut.

Kelakuan Elon Musk dilihat aneh, kerana dia pada mulanya dikatakan tidak berminat untuk duduk didalam badan pengarah syarikat tersebut walaupun dia merupakan pemegang saham tertinggi di syarikat tersebut.

Tetapi dia kemudiannya hadir dengan tawaran untuk membeli keseluruhan pegangan Twitter, yang menyebabkan syarikat tersebut memperkenalkan satu polisi baru yang mengatakan bahawa Elon Musk tidak boleh memiliki lebih daripada 15 peratus pegangan syarikat tersebut.

Walaupun begitu, Elon Musk dikatakan akan bekerjasama dengan rakan beliau yang merupakan seorang lagi pemegang saham Twitter untuk mengambil-alih syarikat tersebut, iaitu Egon Durban yang merupakan CEO-bersama syarikat pelaburan Silver Lake.

Egon Durban tidak tertakluk dibawah perundangan pegangan 15 peratus tersebut, dan Elon Musk dilihat mahu bekerjasama dengan dia untuk mendapatkan pegangan majoriti keatas syarikat platform media sosial tersebut.

Elon Musk mengatakan bahawa sejumlah perubahan besar perlu dilakukan untuk menyahkunci potensi sebenar syarikat tersebut, dan mengatakan bahawa dia adalah individu yang terbaik untuk melakukannya.

Sumber | Amanz




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo